:: OUR LOVE ::

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

29 January 2013

:: Aleesya @ 2yr 2mth 20days ::

alhamdulillah...
di kala usianya baru menginjak 2 tahun 2 bulan 20 hari
dah pandai baca doa makan
rasa sangat-sangat tersentuh hati
bila pertama kali mendengar
walaupun tak berapa jelas sebutannya
tapi kesungguhan untuk membaca
terpancar di wajahnya
insyaAllah kalau dilatih setiap hari
tentu sebutannya makin jelas
dan maybe lepas ni akan dilatih lagi
dengan doa-doa yang mudah dan senang difahami

Aleesya
mama bangga dengan kamu sayang
sangat-sangat bangga

Ya Allah Ya Tuhanku
Kau permudahkan segala urusan anakku, NUR IRDINA ALEESYA
Kau sinarilah cahaya di dalam setiap langkahnya
Kau lindungilah dia di bawah payung kasihMu
Sesungguh aku bersyukur di atas kurniaanMu 
yang sangat teristimewa ini
dan aku berjanji akan menjaga amanahMu ini
agar menjadi seorang insan yang berguna 
di dunia dan di akhirat

p/s: tak dapat nak upload video kat sini


17 January 2013

:: sehangat asmara >adi putra & rita rudaini< ::

tak sabar nak tengok cite ni
cite yang paling ditunggu-tunggu
even hero dia bukan aaron aziz
tapi adi putra tetap jadi pujaan hati
wakakaka

ni la novel yang buat tuan tanah
 menangis teresak-esak
bila pikir balik
malu wehhhh
novel je pun kan
tapi tu la
hati ni hati tisu
bila mengamati satu watak tu
memang feeling habislah
tu yang sampai bercucuran air mata 

so memang tak sabar lah nak tengok gandingan 
adi putra and rita rudaini ni
mesti bestkan

adam dan hawa hr tu tak sempat nak follow
sebab entah la
time tu tak de mood nak tengok kot
lg pun kat umah tak amik channel Mustika ni
jadinya kena tunggu didownload dulu lah

novel kesayangan
dalam simpanan


tapi untuk cetakan terkini
gini rupanya
yang pasti jalan cerita sama la kan...





15 January 2013

:: Baikkkkk ::

lately rasa malas yang amat 
tak tau la kenapa
maybe tak ade cerita yang nak diceritakan

sekarang ni suka jadi pemerhati 
hikhikhik
suka tengok kehidupan seribu macam manusia 
dengan gelagat yang pelbagai
kisah suka dan duka
itulah lumrah kehidupan

yang penting 
uruslah kehidupan dengan lebih baik
pilihlah yang terbaik dari yang baik2

tentu hidup akan jadi lebih baikkkk