:: OUR LOVE ::

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

:: OUR LOVELY PRINCESS ::

:: OUR LOVELY PRINCE ::

Lilypie - Pregnancy

22 March 2012

:: Anak Mama ::



Sekarang ni aleesya banyak noooo ragamnya…
kuat menangis...
pandai merajuk…
kalau kita tak bagi apa yg dia nak 
mula lah buat perangai…
and part paling payah…
bab nak memujuk dia…
punyalah susah…
kalau kite tak layan rajuk dia…
dia bangun n mula lepuk kita sana sini…
pandai dah tunjuk protesnya sendiri…
kadang2 dia guling2 atas lantai….
sembamkan muka kat bantal…
alahai anak mama…
awak tu kecik lagi..
dah pandai yer buat perangai macam tu yer….
ikut perangai sape lah ni…

Tapi anak mama ni sebenarnya 
baik…pandai…bijak…
ada masa buat mama and papa gembira 
dengan telatah dia yang tak disangka2…
dah pandai counting..
pandai menyanyi…
pantang nampak iklan…
mesti nak joget…
pandai mengaminkan doa…
kalau dengar orang tgh azan…
cepat letak jari kat mulut…
tanda suruh senyap la tuh…
itula aleesya..

aleesya…
mama sentiasa berdoa yg terbaik utk anak mama
semoga anak mama membesar dengan sempurna 
dikurniakan kesihatan yang berpanjangan, 
akal yang cerdas 
dan 
sentiasa berada di bawah lindungan Allah s.w.t……



Mama ngan Papa sayang sangat dengan kamu!!!