:: OUR LOVE ::

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

28 March 2013

cerry berry


dari hari jumaat lepas
sampai la semalam
my son cirit birit
sian dia
dua kali jumpa doc
alhamdulillah pagi tadi dah ok

nasib baik kes dia tak teruk
cos doc cakap tak nampak dia dehydration
muntah-muntah pun tak ada
kencing pun ok
so doc cuma bagi air garam jer
mama dia siap google pasal cirit-cirit ni
memang tak de pengalaman kat baby
sebab masa Aleesya memang tak kena

so sepanjang dia cirit tu
adalah jugak dia merengek
tapi ada waktu-waktu tertentu la
alhamdulillah malam dia tidur lena
bangun nak susu je

tapi masa nak wash dia punya cerry tu
terjerit-jerit dia
maybe pedih kan
lepas sapu krim yang doc bagi
kat punggung (punggung naik ruam..merah2 gitu)
then baru ok


risau tetap risau
takut la jadi lagi teruk
macam kes rotavirus tu kan
last-last cari petua nak kurangkan cirit-birit ni
jumpa lah
rata-rata bagi air gandum 
(tepung gandum + air suam)
so try la bagi jugak
alhamdulillah
najis Adam dah bertukar
dari warna hijo ke warna asal
dan ciritnya tak la sekerap seperti sebelumnya
then
punggung dia pun dah kurang merahnya
suka-suka-suka

my officemate suggest amik suntikan Rotavirus
bila google
jumpa link ni >> rotavirus <<
syukur sangat-sangat
dipertemukan ngan artikel ni
kalau tak....
Wallahu a'alam...


22 March 2013

tak sihat lagi



bukan tuan punya diri
tapi 
si permata-permata hati
bila mana demam
dan selsema datang menyerang
pulak tu 
asyik on off aje 
pening..pening

semalam petang
nak masuk keta
tengok aleesya dok tido
first time dia macam tu..
selalunya dia la paling happy
bila nampak aku...
aku lak betul-betul tersentuh hati
tengok gaya dia tido..
bila en. hubby bagi tau
masa dia amik aleesya
aleesya dok nangih
hati aku dah lain macam
(tak suka kalo anak tak sihat, rela kalau aku yang tak sihat
tapi ni semua dugaan...aku redha..)
sedih
maybe dia tak sedap badan

petang kelmarin
bibir dia merah-merah
merekah jadinya
dari situ dah tau
dia nak demam

dan malam tadi
memang betul
dia demam
pas tu tunjuk kat telinga
sakit katanya
maybe panas 
tido pun tak lena
kejap-kejap bangun
nangis
pas tu tido balik
then bangun
nangis lagi
tido balik

haih…masalah nya
bila aku pujuk
tak mau
nak papa..nak papa
(anak papa sungguhhhh ^__^)
so en. hubby la yang dok uruskan dia

alhamdulillah
pagi ni bangun
ceria aje
macam selalu
harap-harap
aleesya dah sembuh

adam pulak selsema
malam sok sek sok sek
jadinya tido pun
tak berapa nak lena jugak
sib baik tak teruk

ingat nak el
tapi bila tengok dua-dua 
dok ceria pagi ni
terus tak jadi
kalau diorg pasif
and nampak sakit tadi
memang aku el la
(maklumlah cuti tak banyak
kena pandai guna
kalau tak
unpaid leave la jwbnya 
sampai hujung tahun)


sangat-sangat susah hati

bila anak-anak tak sihat







20 March 2013

Keajaiban Cinta


KEAJAIBAN CINTA

suka dengar lagu nih
paduan suara Adira and Aliff Aziz


so-so update


dah dua minggu plus plus
tinggaikan diari hati
tak sempat nak update
bkn tak sempat okkkk
tapi malas jeeeeee

lagipun sibuk kan
ada masa terluang
buat keje lain
keje krup krap….krup krap
macam mana lah tak bertambah bam bam kan
salah sendiri tanggung la sendiri
tak payah nak bebel
hohohohoho

semalam adalah hari yang paling
azab bagi tuan punya badan
gile ahhhhhhh
mata tak boleh nak bukak langsung
asyik nak tertutup ajer
plus penat yang amat sangat
padahal bukannya pegi berkebun pun
berladang pun tak jugak
tapi penatnya
mak aiiiiii
memang tak leh nak katalah

lepas ni nak kena amik vitamin
sambung makan balik
tak sanggup hidup macam ni dah

ingat lagi dalam pantang tempohari
cergas ajer
walaupun malam asyik berjaga
tido pun lewat
and siang jarang lelapkan mata
tapi tetap coolllll
tenaga tu ada je
so tau la kan
vitamin sangat la membantu
terasa perbezaannya

finally umah dah siap
syukur sangat-sangat
tempoh 2 bulan lebih hari tu
adalah
satu penyiksaan 
bagi jiwa and raga
huhuhuhuhu......
walaupun tak 100%
tapi kira ok la
dapat la duduk dengan aman
kalau tak macam kapal karam

last week and weekdays
after balik keje
dah kemas sikit-sikit
bahagian dapur aje yang belum
minggu ni InsyaAllah settle
kotttttt

kalau ikutkan memang nak fully renovate
tapi buat la mana yang harus dulu
sebab main nya buat dapur baru kan
dapur asal lak buat family area
and touch up la skit-skit area yang ada
so
yang lain-lain tu
masa akan datang la
lagi tiga tahun mungkin
tunggu duit berkepuk-kepuk dulu 
erm....tapi bila dihitung, ditolak and ditambah
banyak jugak nak kena ubah+suai
cam maner ni
fulus oh fulus.......




04 March 2013

apa apa aje

sowi lah puas pikir tajuk nak letak
tp sebab malas
(asyik malas koje ko eh..apa nak jadi ni oiii)
letak itu aje lah
janji adoooo

hari ni mengantuk tahap gaban
semalam tido lewat
dalam kul 1 pagi 
lepas operasi mengemas ruang tamu
bersama mr. hubby

tengah-tengah malam dok vacuum
minta maaf lah jejiran semua
ni mr hubby punya penangan yer

seb baik rumah tepi sekali
tak de la menganggu sangat

pagi tadi pun sedar-sedar dah nak kul 7am
huhuhu
kelam kabut dibuatnya
sib baik bag anak-anak semua dah 
packing sebelum tido

cuti tiga hari tu
duk rumah aje
hari jumaat cuti sebab babysitter adam ada hal
aleesya pulak ingatkan nak hantar pegi taska
tapi tak pegi pun
demam dia datang balik
jadinya dok la bertiga kat rumah
sepanjang hari dok dalam bilik
sebabnya kat luar contractor pasang awning and grill

sian dia asyik on off aje demamnya

ni si adik pulak
pun sama
selsema yang masih tak hilang..hilang

hari sabtu dok bertiga jgk
mr hubby ke kajang
ada bowling tournament dengan geng2 keta dia

semalam operasi mengecat rumah
dah pilih dah warna yang sesuai
nampak class n elegan 
sebab sudi bagi idea
lebih kurang begini la color nya 
yang kami pilih

pic from mr google

nanti kat family area yang cinonet tu pulak
nak amik warna yang meriah sikit
pastu nak beli wall sticker yang kiut miut
mesti nampak comelkan