:: OUR LOVE ::

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

20 January 2012

:: My wishlist for CNY holiday ::



Nak sangat jenjalan 
plus shopping kat
(shopping la sgt kan...duit ko ado ko???)





 


(sumber gambar2 ni >> google)
 
and beberapa lg shopping complex kat KL 
dah lama sangat tak pergi semua tempat tu 
since pindah Ipoh ni 
January last year 
rinduuuuuuuuu betul tau 

memandangkan CNY ni cuti panjang 
boleh la kumpul tenaga 
utk menziarah pusat2 beli belah ni 
setakat window shopping ok la kan
maklumlah duitnya tak berapa nak pandang

kalau la ada bonus
sure lagi bererti cuti panjang ni

abg sayang....
agak2 ada tak "RM" utk isterimu ini
tetiba.....
hahahahahah

:: CNY....cuti panjang ::



CNY ni off seminggu 
my husband give suggestion balik my hometown 
mula2 rasa tak nak balik 
then after told my mum 
dia suruh balik lak
paham sgt dah ni mesti RINDU kat cucu dia yg sorang ni 
kalau ikutkan hati nak je lepak kat rumah 
bmanja2 ngan my lovely dotter 
(mcm la kat rumah my mumak bolehkan...apadaaa..)
and bolehla jgk kemas2 rumah 
masak utk laki kan
tapi takpe la 
lgpun dah lama tak balik sana 

jadi akhirnya setuju jer dgn cadangan my husband 
dia lak off sampai hari selasa je
then ptg selasa tu dia kena balik our home 
cos keesokkan harinya dia keje 
pas tu hari jumaat balik my hometown again

cos hujung minggu ni lak my youngest brother kawen 
so mmg patutla kena balikkan 
persiapkan apa yg masih tak siap lagi 
my bro nikah hari jumaat 
and kenduri sebelah pompuan hari sabtu 
kenduri belah kami lak the next week nya
huhuhuhu....
mmg penuh la aktvt for dua minggu ni

sure penat gilessss pas ni
fuhhhhhhhhhhh





:: Syukur....Alhamdulillah.... ::



Alhamdulillah…
syukur sangat2…
tahun ni ada increment…
cuma bonus je takde..
kira oklah kan…
daripada tak ada…
lagipun aku baru setahun koje sini…
so far so good…
rasa nak cari keje lain tu idak lg ler….
Cuma rasa dok terpikir2 bile la boleh dpt title housewife ni…
huhuhu….
hajat hati nak tengok anak membesar depan mata sdiri… 
erm..agak2 this year ada harapan tak abg sayang???



13 January 2012

:: hobi aku ::

Aku memang suka baca novel dari sejak zaman sekolah lagi 
then masa kat universiti aku baca tak konsisten…
pas tu sambung baca balik masa aku wat pratikal 
and pas koje je aku dah kurang baca 
maklumlah masa senggang tak de cos aku memang banyak keje 
and sokmo busy 
so masa membaca agak terbatas 
and now aku macam nak mula baca balik novel-novel aku 
ada yang aku dah beli agak lama 
tapi masih cantik dalam balutan plastik 
tak bukak-bukak pun 
jadi semangat nak membaca novel mula kembali menyerang nih 
last aku baca novel masa aku dalam pantang…
itu pun banyak gak skipnya
ye la ada anak kecik kan

now aku nak cari novel2 hasil nukilan Siti Rosmizah…
novel dia best sangat…
ni salah satu koleksi dia yg aku ada


 Andai Itu Takdirnya

novel ni best sesangat
sadis ok cite ni
kalau wat drama bsiri ni....sure meletops ok
then dia ada lagi 3 novel 
dan aku belum dapatkan lagi
hari tu aku cari novel Cinta Kau dan Aku
out of stock ok
susah tul nak dapatkan
last-last terus aku lupa nak beli
rasanya pas ni aku beli online kot
senang sikit
tak yah nak angkut anak n laki g kedai buku
kesian kat diorg nanti 
dok tunggu aku membeli

ni novel2 yg aku akan dapatkan





walaupun dah lama terbitannya
aku tetap nk memilikinya


10 January 2012

:: Roasters Eating Day (RED) ::


11.01.12 ni ada spesel day
KR buat Roasters Eating Day (RED)
syaratnya pakai warna merah
tak kira lah baju ke suar ke
asalkan warna merah
then beli 1 set Kenny's Quarter Meal 
and dapat free 1 set lagi
walaaaaaa....
memang menarik
rasanya tak nak lepaskan peluang ni
esok lunch nak ajak mr. hubby la…
harus terjah ni....
cos valid for 1 day only 



08 January 2012

:: Dessert di petang Ahad... ::

hari ni aku rajin sikit
tapi ini tak bermakna aku malas ok
cuma sejak ada anak kecil ni
untuk turun ke dapur agak terhad
lebih-lebih lagi dia dah pandai berjalan
abis dia tawaf satu dapur
dan ini menyukarkan pergerakan aku
kerna aku asyik la terlanggar dia
maklumlah dia kan kecik
hehehehe.....

ok...petang ni aku buat puding roti
memandangkan kat rumah tak de oven
so aku kukus je la puding roti ni
memang mudah sangat resepi ni
aku cuma guna susu low fat je
pas buat puding, aku buat sos pulak
tapi sosnya terlebih pekat
kena adjust buat lain la pulak
and kurang satu jam sudah siap
yummy..yummy..yummy
sedap ok....


ni la ghupa puding roti aku pas masak
meriah tul kalernya kan
aku hias2 dengan kismis and ceri
baru ada selera nak mamam

03 January 2012

:: 2012......Happy New Year ::

yehaaaaaaaaaaaaaaaa
sudah tahun baru
2012
happy kan

Alhamdulillah
bersyukur sangat-sangat 
di atas kurniaan Yang Maha Esa
kerna masih diberi peluang
bernafas di bumi fana ini
dan menikmati hidup
bersama-sama family tersayang
usia pun menginjak lagi satu tahun
sudah tua ka???
oh.....tidak.....
aku masih muda lg
positif thinking...positif thinking.....