:: OUR LOVE ::

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

:: OUR LOVELY PRINCESS ::

:: OUR LOVELY PRINCE ::

Lilypie - Pregnancy

22 July 2013

puasa @ 22072013


hari ni dah hari ke-13 berpuasa
tinggal lagi 2 minggu lebih je nak sambut raya
cepat sungguh masa berlalu
kalau dulu-dulu masa zaman kanak-kanak rebina
terasa sungguh la lamanya
hari-hari dok mengira
bila nak raya

la ni tak dah...
terasa sungguh kepantasannya
pejam celik pejam celik
udah sampai penghujungnya
persiapan raya lum siap 100%
cuma baju anak-anak je settle sikit-sikit
baju mak pak pun lum beli lagi

cadangnya nak buat sendiri la kan
nak sedondon dengan anak dara 
tapi nan hadoooo
macam tak sempat aje
kain pun lum beli lagi
cam mano nak jahit nya
adoyaiiiii

kan cadangnya nak balik gombak this week
tapi rasa macam tak jadi
tapi apa pun tengok la resultnya cam mana
kalau on..makna kata balik gombak time raya la nanti
kalau boleh postponed, ada harapan la nak jumpa family and berbuka sama-sama
and boleh la teruskan misi utama 

cuti last day
follow hubby pegi penang
ada majlis berbuka puasa anjuran kelab keta diorg
agak mencabar jugak
sebab anak teruna tak mau dok dalam carseat
10 minit pertama je ok
lepas tu dah merengek manja
sambil meliuk lentukkan badan dia
kalau berpangku pun bukan reti dok diam
adam...adam.....makin cerdik anak mama ni

p/s: lately tak post pun gambo dlm stiap entri
sebabnya





malas nak transfer ke laptop

11 July 2013

puasa @ 11072013



Alhamdulillah....hari ni dah hari kedua berpuasa
dan ini merupakan puasa yang pertama 
untuk aku sejak dok rumah ni
mula-mula dulu rasa bosan jugak
rasa macam pecah kepala
maklumlah dah terbiasa bekerja kan
sekali dok rumah 
rasa lain macam......
hahahaha

tapi sekarang
dah tak dah
rasa seronok pulak
rasa nak dok umah jer...
tak mo koje dah...(macam la boleh sangat.... :p)
InShaAllah....mudah2an
mana la tahukan kalau Tuhan perkenankan impian aku ni
syukur sangat-sangat

paling best 
dapat membesarkan anak depan mata
tu yang paling diimpikan sebenarnya

sepanjang bulan puasa ni
nampak gaya berbuka sendiri
dan hanya ditemani anak-anak aku
sob...sob..sob...
sedihnya

maklumlah...sang suami sibuk mencari rezeki 
jadinya kena la faham...
tahun lepas pun sama
ada la sekali dua je berbuka bersama
tahun ni repeat lagi
huhuhu....tak pe la
nak buat cam mana kan
redha aje lerr....