:: OUR LOVE ::

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

:: OUR LOVELY PRINCESS ::

:: OUR LOVELY PRINCE ::

Lilypie - Pregnancy

12 April 2013

AdamZaweerArsyad @ 6 month already



start this month
Adam dah mula makan
excited sebenarnya ni
maklumlah masa Aleesya dulu
terus perkenalkan bubur nasi
yang diblend halus

tapi sekarang ni
dah terlebih rajin
nak buat puree untuk adam

so untuk langkah permulaan ni
buat puree buah dulu
ikut step 4 days rule


ni schedule untuk bulan April
empat hari yang pertama buat puree apple
lepas tu puree pear
masa buat ni
tak tapis pun puree tu
so poo poo adam macam ada kasar-kasar gitu
jadinya kena tapis la semua puree-puree ni
sebelum dimakan

InsyaAllah bila Adam dah masuk 7 bulan
baru kenalkan dia dengan bubur nasi



11 April 2013

Akhirnya.....Alhamdulillah


Syukur Ya Allah s.w.t 
rezeki untuk anak-anak

first time menang
sangat-sangat happy 
rasa nak nangis je 
hahahah
gedikkkks
tapi betul la
bila tengok nama tersenarai
(nama hubby yang tersangkut..)
rasa macam nak menjerit ok
tak sangka kan
tu namanya rezeki

ingat lagi waktu dulu-dulu
bila nampak borang contest kat mall
pandang sipi je
tak teringin pun nak capai and baca

tapi bila tengok ramai yang menang
hadiah yang best-best
rasa excited pulak
dan-dan tu la men'join'kan diri
heheheh
actually banyak jugak join contest ni
since dari last year lagi
cuma hari ni ada rezekinya

Alhamdulillah
syukur sangat-sangat




04 April 2013

kerja terkini



sekarang dok mabuk download movie
maklumlah sejak ada anak ni
panggung wayang dah tak jejak dah
last pegi pun masa lepas bersalinkan Aleesya
tengok cite apa tah
kalau tak silap Hantu Mak Limah Balik Rumah rasanya

tu la kali terakhir tengok movie kat wayang
kesian sangat
nak angkut anak-anak sekali masuk panggung wayang
belum masanya lagi kot
tunggu diorang semua besar sikit
mama tak sanggup nak berdepan ngan kerenah anak-anak kecil ini
hehehehe
maklumlah tempat awam kan
paham-paham aje lah

jadinya nak tengok movie terkini
kena lah download
senang cite

cuti hujung minggu boleh la layan
sekarang susah nak tengok tv
sebab nya anak dara saya asyik la 
ngan BabyTv dia
mama tak de peluang nak nengok
melainkan time dia tido aje
tak apa lah anak
untukmu mama rela berkorban
^______^