:: OUR LOVE ::

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

25 October 2013

Ini tentang kisah aku


lamanya tak update blog
hoiii...ni gara2 malas yang amat sangat ni
nak update from phone pun
alahai....semput aku nak menaipnya..
tak puas 

last update hari tu bulan september
ni dah nak masuk bulan november
lagiiii la kannn
apa lah nak jadi ngan aku ni 

aku nak cite skit la pasal perkembangan life aku
yang tak seberapa hebat ni
tapi alhamdulillah....aku tetap bersyukur dengan apa yang aku ada
dikurniakan seoang suami yang penyayang dan memahami
serta anak-anak yang comel dan menceriakan hidup aku...
Alhamdulillah...syukur sangat2

dulu aku ada cite kat sini
takde la direct bg tahu apa yang good news tu...
aku tunggu masa yang sesuai baru aku cite
yg bad news malas nak ingat..mmg sakit hati + sakit jiwa
so abaikan

actually i'm pregnant
> ni la good news tu <
huhuhu....nak pengsan rasa masa aku tahu aku positive 
tak sangka secepot ini 
adam pun belum masuk setahun
walaupun terkejut and gelisah time tu
tp aku tetap bersyukur kerana diberi peluang sekali lagi 
untuk merasai nikmat ketika mengandung
Alhamdulillah...

teringat lagi masa baru-baru kawin
time tu hidup pjj dengan husband
aku di kl dan dia di ipoh
weekend je jumpa
jadinya memang takde plan pun pasal anak ni
takde nya nak rancang2
memang la berharap akan ada tp biarla masa yang menentukan

then bila dah masuk setengah tahun kawin
still negative
nasib tak menyebelahi aku mungkin
aku ok je
begitu jugak dengan husband aku
then bila dapat tahu
adik ipar yg kawin lepas aku disahkan pregnant
hmmm.....ada skit tersentuh hati aku..skit je la
tapi aku happy je
dan yang penting
family aku and family husband aku ok
diog takde la tanya2 and mendesak sangat
diog sgt memahami

and ada jugak aku gi berurut 
pi betulkan apa yang patut
dan makcik yang aku urut tu kata
In shaa Allah
aku ada peluang untuk hamil
sebab aku takde masalah apa2
so dia suruh kitaog berusaha sedaya upaya
and jangan putus asa

masa terus berlalu...
sehinggalah tahun kedua perkahwinan kami
ada perubahan pada diri aku
memang ketara sangat2
kalau aku nak tidur aku mesti bukak baju 
bukan bukak semua ok
tapi tang perut je
sampai husband aku pun pelik
tapi takde la aku target apa2
maybe time tu pikir pasal panas je

aku pun takde la rasa mual or loya 
semuanya normal
hingga lah period aku tak datang dah dua bulan
bulan pertama tak datang aku buat dek je
memang gitu peel aku
aku bagitahu la husband aku
dia suruh aku pi beli pregnancy test
aku akur
aku ingat lagi time tu hari ahad
aku cepat-cepat pi buat test tu
and the result.....yeahhhhh...aku pregnant
wah....sangat teharu time tu
mengalir airmata kegembiraan
then cepat2 inform suami yang kebetulan kat luar rumah
tengah siram pokok bunga

hehehee...actually aku malu nak bagi tahu dia...
aku just pass the thing kat dia
then dia cakap apa resultnya
adoyaiii....dia tak paham rupanya
aku cakap aku pregnant
dia macam tak caya
hahaha
pastu bila aku tunjuk ada dua line baru dia paham
senyum je dia la pastu

sebenarnya aku ada pasang niat
incase kalau kali ni takde apa2 tanda yang aku hamil
aku nak gi LPPKN
nak try buat kat sana
and
syukur sesangat
Allah dengan rintihan kami
Alhamdulillah....

 lagi satukan aku lupa nak cite
sebelum semua ni berlaku
rumah aku didatangi seekor anak kucing
dia lah peneman suami aku di rumah 
memang manja sangat2
lepas je tahu yang aku hamil
terus kucing tu hilang
puasla kami cari and tunggu kot2 dia balik
namun hampa....
emmm....macam sesuatu kan...
mungkin kebetulan....
hanya Allah sahaja yang mengetahui....
Allahuakbar.....

to be continued......


p/s: nak off sat....huhuhuhu.....
setting dah lari..malas nak betulkan...redah je la


23 September 2013

Balik Bandor 2



Entry sebelum ni ada cite pasal kite org g sungai besar kan
Actually kite org gi 'beraya' umah bakal BIL...umah family dia
Masa raya tak sempat sampai
Jadinya pergi la lepas raya
Huhuhuhu


Disebabkan kiteorg dah inform nak datang
Maka tengahari tu makan besar la kami
Berlaukkan ketam masak lomak cili api
Udang masak boyan » masakan org boyan katanya « 
Sayur campur 
Ikan goreng
Memang kekenyangan la kami
Alhamdulillah
Semuanya sedap-sedap belaka


Lepas makan kami bersantai
Tu pun after basuh pinggan semua
And kemas apa yg patut 
Memang ramah tamah family diorg
Jadinya kami takde la segan sangat
Dah macam family sendiri pulak


Ptg tu kami ke bendang
Kami ke rumah mak kandung bakal adik ipar
Sebenarnya bakal BIL ni dijaga oleh adik mak jaga (kira mak usu dia) since dia baby lagi
Ada la sejarah kenapa dia diserahkan kepada mak usu dia


Masa kami sampai 
Padi dah dituai...
Jadinya tak dpt la nak tengok 
Pemandangan yang cantik


Tak lama pun kami kat sana
Sebab dah petang kan
Lepas tu on the way nak balik 
Kami singgah jap kat kedai kain
Ikut kata bakal mak BIL 
Kain kat kedai tu murah2
Memang murah pun
Dah la cantik2
Memang rambang mata dibuatnya


Aku beli 3 pasang je
Total semua dalam RM60++
Kain chiffon yang sangat awesome pun murah...semeter dlm RM11++
Pic yang aku attach tu kain chiffon yang adik aku beli
Memang berbaloi la
Tak silap aku nama kedai ni Kedai Banjhir...lebih kurang gitu la ejaan dia
Nanti nak beli lagi aku kirim je kat adik aku
Heheheh....


Dah siap shopping semua
Kami singgah semula rumah family bakal BIL
Minum petang
Dah dijemputkan
Takkan nak tolak pulak


Dalam pukul 6.30ptg
Kami gerak pulang
Perjalanan balik taklah seteruk masa kami nak pi sana

19 September 2013

Balik Bandor



Cuti tiga hari tu 
Kami sekeluarga balik Gombak
En. Somi la ajak balik
Ikutkan nak gi la jalan-jalan
Bawak anak-anak bercuti


Tapi memandangkan next month
Dia dah mula busy
Rasanya perlu la balik kan
Esok-esok dia dah sibuk
Sure takleh dah nak balik selalu

Tak pe la...dia sibuk pun sebab nak cari rezeki untuk anak bini dia jugak

Rasa bersalah la sebab tak dapat nak tolong dia
Ringankan mana yang ada 
Takpe.. in sha allah ada jalan nanti


Berbalik pasal cuti hari tu
seronok la anak2 sebab dapat jumpa
nenek and atok diorg
and mak2 sedara smua


hari sabtu kami pi sungai besar
ni first time aku g sini
huhuhu...perjalanan yang amat memenatkn
sebab jalan penuh ngan kenderaan
agak sesak 
bertolak dalam kul 10am lebih
sampai sana dalam kul 1pm 
dah mcm nak balik ipoh aku rasa wehhhh
aku lak asyik nk terkucil je...
tp terpaksa la tahan bila nengok jalan yg penuh sesak


tak dan nak amik gambo
sepanjang perjalanan
maklumlah dok riba si kecik yang dah makin lasak
karang kite sibuk pegang phone
dia pun dok terkapai2 nak pegang sekali
jadinya memang takleh la kan

so
ke mana kah destinasi kami sebenarnya di sungai besar tu??

09 September 2013

bad news and good news



sangat tak suka pagi tadi
dah la lama menunggu
hampir 3 jam tu...
terus mood down sangat2
tak mengharap apa2 pun
keputusannya
so 
redha je la


dan hasil kegagalan dari pagi tadi
dapat pulak satu bite
yang tak disangka
alhamdulilah rezeki... ;-);-)
tapi hati ni gundah gulana plk
bukan apa
bila pikir pasal diri ni
satu je terlintas di fikiran
"mampukah aku harungi peluang ini sekali lagi"


Ya Allah Ya Tuhanku
Kau tunjukkanlah jalan yang harus ku pilih
Kau permudahkanlah ia sekiranya ia terbaik untukku...
Aminnn...

mood » sangat-sangat nervous

08 September 2013

Esok yang penuh debaran


harapnya esok berjalan dengan lancar...
semoga terang hati aku ni...
and semoga ada rezeki aku di situ...aminnn...

1...2...3...testing....testing....


Try upload by blogger-droid...
orang lain dah berkurun guna...
tuan tanah ni baru nak apply....
sangat ketinggalan zaman
hukhukhuk

p/s : pic ni amik petang semalam....bawak anak-anak jalan kat dataran...seronok benar si kakak

Published with Blogger-droid v2.0.10

06 September 2013

Penghujung Syawal1434


Syawal dah sampai ke penghujung dah
hari ni baru berkesempatan nak update 
bila penyakit MALAS datang 
gini la jadinya 
bukan tak de masa 
masa tu ada je 
tapi kalau dah MALAS tu 
memang tak ke mana la kan

actually ada je entry harraya ari tu
tapi ada dok dalam draft
tak dan nak publishkan
huhuhu
memang dasar pemalas kan
hahahaha

tak pe la 
nanti-nanti kita publish k
walaupun time tu confirm Syawal dah abis

dahla laptop ni pun problem
certain huruf dalam keyboad ni takleh function
jadinya aku terpaksa la copy and paste je
dah jadi satu keje la pulak

hari ni tak masak
petang ni ada majlis sambutan hari raya kat taska aleesya
aku bawak puding laici je
malam tadi buat
third time buat....sedap ok...nyaman je bila masuk tekak
nak buat pun simple sangat
pejam mata pun mampu
pic tak de...
malas nak amik

ha....malas lagi ko kan...


pic from mr google


22 July 2013

puasa @ 22072013


hari ni dah hari ke-13 berpuasa
tinggal lagi 2 minggu lebih je nak sambut raya
cepat sungguh masa berlalu
kalau dulu-dulu masa zaman kanak-kanak rebina
terasa sungguh la lamanya
hari-hari dok mengira
bila nak raya

la ni tak dah...
terasa sungguh kepantasannya
pejam celik pejam celik
udah sampai penghujungnya
persiapan raya lum siap 100%
cuma baju anak-anak je settle sikit-sikit
baju mak pak pun lum beli lagi

cadangnya nak buat sendiri la kan
nak sedondon dengan anak dara 
tapi nan hadoooo
macam tak sempat aje
kain pun lum beli lagi
cam mano nak jahit nya
adoyaiiiii

kan cadangnya nak balik gombak this week
tapi rasa macam tak jadi
tapi apa pun tengok la resultnya cam mana
kalau on..makna kata balik gombak time raya la nanti
kalau boleh postponed, ada harapan la nak jumpa family and berbuka sama-sama
and boleh la teruskan misi utama 

cuti last day
follow hubby pegi penang
ada majlis berbuka puasa anjuran kelab keta diorg
agak mencabar jugak
sebab anak teruna tak mau dok dalam carseat
10 minit pertama je ok
lepas tu dah merengek manja
sambil meliuk lentukkan badan dia
kalau berpangku pun bukan reti dok diam
adam...adam.....makin cerdik anak mama ni

p/s: lately tak post pun gambo dlm stiap entri
sebabnya





malas nak transfer ke laptop

11 July 2013

puasa @ 11072013



Alhamdulillah....hari ni dah hari kedua berpuasa
dan ini merupakan puasa yang pertama 
untuk aku sejak dok rumah ni
mula-mula dulu rasa bosan jugak
rasa macam pecah kepala
maklumlah dah terbiasa bekerja kan
sekali dok rumah 
rasa lain macam......
hahahaha

tapi sekarang
dah tak dah
rasa seronok pulak
rasa nak dok umah jer...
tak mo koje dah...(macam la boleh sangat.... :p)
InShaAllah....mudah2an
mana la tahukan kalau Tuhan perkenankan impian aku ni
syukur sangat-sangat

paling best 
dapat membesarkan anak depan mata
tu yang paling diimpikan sebenarnya

sepanjang bulan puasa ni
nampak gaya berbuka sendiri
dan hanya ditemani anak-anak aku
sob...sob..sob...
sedihnya

maklumlah...sang suami sibuk mencari rezeki 
jadinya kena la faham...
tahun lepas pun sama
ada la sekali dua je berbuka bersama
tahun ni repeat lagi
huhuhu....tak pe la
nak buat cam mana kan
redha aje lerr....


26 June 2013

pasrah and redha

sudah lama tak mencoret di sini
sebab takde mood
jadinya bersawanglah kan
plus dengan kejadian yang tak best berlaku
sejak dua menjak ni
lagi la membantutkan hasrat yang satu ni

memang tak sangka
dan tak terjangka dek pikiran ni
yang aku akan melalui semua ni
macam mimpi jer

tapi aku pasrah and aku redha
mungkin ni semua ujian Allah s.w.t utk aku
mungkin tempat aku bukan di situ
dan aku percaya rezeki Allah s.w.t tu luas
kena rajin berusaha
tu yang penting

nasib la my hubby bagi moral support
maklumlah dalam pale otak ni banyak benda nak pikir
but hati kena la kuat
tak mo la ikut perasaan sangat kan
nanti lain pulak jadinya 

sekarang ni aku dok bertapa je
hahahaha
boring ok...hari pertama kedua ok lagi
ni dah masuk minggu kedua...adoyai....
boring yang teramat sangat

seb baik my little son ada
jadi dia la peneman aku
lagipun dia dah makin cerdik
so seronok melayan kerenah dia

rutin hidup aku pun berubah la...
tak macam dulu dah





22 May 2013

update 22052013


lamanya menyepi
maklumlah
diri tak berapa nak sihat
la ni pun dok sok sek sok sek
ngan batuk lagi
pastu ubat tak makan
minum ais lagi banyak
camne nak sembuhkan
cuaca pun panas sangat-sangat
tu yang kuat minum ais tu
alahai

semalam dok g lunch 
singgah kedai majalah
alahai...comeinya anak norman hakim and memey
sebijik muka bapaknya
tak ingat majalah apa
memang comei
jap g kalau rajin 
nak tengok balik....

 

12 April 2013

AdamZaweerArsyad @ 6 month already



start this month
Adam dah mula makan
excited sebenarnya ni
maklumlah masa Aleesya dulu
terus perkenalkan bubur nasi
yang diblend halus

tapi sekarang ni
dah terlebih rajin
nak buat puree untuk adam

so untuk langkah permulaan ni
buat puree buah dulu
ikut step 4 days rule


ni schedule untuk bulan April
empat hari yang pertama buat puree apple
lepas tu puree pear
masa buat ni
tak tapis pun puree tu
so poo poo adam macam ada kasar-kasar gitu
jadinya kena tapis la semua puree-puree ni
sebelum dimakan

InsyaAllah bila Adam dah masuk 7 bulan
baru kenalkan dia dengan bubur nasi



11 April 2013

Akhirnya.....Alhamdulillah


Syukur Ya Allah s.w.t 
rezeki untuk anak-anak

first time menang
sangat-sangat happy 
rasa nak nangis je 
hahahah
gedikkkks
tapi betul la
bila tengok nama tersenarai
(nama hubby yang tersangkut..)
rasa macam nak menjerit ok
tak sangka kan
tu namanya rezeki

ingat lagi waktu dulu-dulu
bila nampak borang contest kat mall
pandang sipi je
tak teringin pun nak capai and baca

tapi bila tengok ramai yang menang
hadiah yang best-best
rasa excited pulak
dan-dan tu la men'join'kan diri
heheheh
actually banyak jugak join contest ni
since dari last year lagi
cuma hari ni ada rezekinya

Alhamdulillah
syukur sangat-sangat




04 April 2013

kerja terkini



sekarang dok mabuk download movie
maklumlah sejak ada anak ni
panggung wayang dah tak jejak dah
last pegi pun masa lepas bersalinkan Aleesya
tengok cite apa tah
kalau tak silap Hantu Mak Limah Balik Rumah rasanya

tu la kali terakhir tengok movie kat wayang
kesian sangat
nak angkut anak-anak sekali masuk panggung wayang
belum masanya lagi kot
tunggu diorang semua besar sikit
mama tak sanggup nak berdepan ngan kerenah anak-anak kecil ini
hehehehe
maklumlah tempat awam kan
paham-paham aje lah

jadinya nak tengok movie terkini
kena lah download
senang cite

cuti hujung minggu boleh la layan
sekarang susah nak tengok tv
sebab nya anak dara saya asyik la 
ngan BabyTv dia
mama tak de peluang nak nengok
melainkan time dia tido aje
tak apa lah anak
untukmu mama rela berkorban
^______^



28 March 2013

cerry berry


dari hari jumaat lepas
sampai la semalam
my son cirit birit
sian dia
dua kali jumpa doc
alhamdulillah pagi tadi dah ok

nasib baik kes dia tak teruk
cos doc cakap tak nampak dia dehydration
muntah-muntah pun tak ada
kencing pun ok
so doc cuma bagi air garam jer
mama dia siap google pasal cirit-cirit ni
memang tak de pengalaman kat baby
sebab masa Aleesya memang tak kena

so sepanjang dia cirit tu
adalah jugak dia merengek
tapi ada waktu-waktu tertentu la
alhamdulillah malam dia tidur lena
bangun nak susu je

tapi masa nak wash dia punya cerry tu
terjerit-jerit dia
maybe pedih kan
lepas sapu krim yang doc bagi
kat punggung (punggung naik ruam..merah2 gitu)
then baru ok


risau tetap risau
takut la jadi lagi teruk
macam kes rotavirus tu kan
last-last cari petua nak kurangkan cirit-birit ni
jumpa lah
rata-rata bagi air gandum 
(tepung gandum + air suam)
so try la bagi jugak
alhamdulillah
najis Adam dah bertukar
dari warna hijo ke warna asal
dan ciritnya tak la sekerap seperti sebelumnya
then
punggung dia pun dah kurang merahnya
suka-suka-suka

my officemate suggest amik suntikan Rotavirus
bila google
jumpa link ni >> rotavirus <<
syukur sangat-sangat
dipertemukan ngan artikel ni
kalau tak....
Wallahu a'alam...


22 March 2013

tak sihat lagi



bukan tuan punya diri
tapi 
si permata-permata hati
bila mana demam
dan selsema datang menyerang
pulak tu 
asyik on off aje 
pening..pening

semalam petang
nak masuk keta
tengok aleesya dok tido
first time dia macam tu..
selalunya dia la paling happy
bila nampak aku...
aku lak betul-betul tersentuh hati
tengok gaya dia tido..
bila en. hubby bagi tau
masa dia amik aleesya
aleesya dok nangih
hati aku dah lain macam
(tak suka kalo anak tak sihat, rela kalau aku yang tak sihat
tapi ni semua dugaan...aku redha..)
sedih
maybe dia tak sedap badan

petang kelmarin
bibir dia merah-merah
merekah jadinya
dari situ dah tau
dia nak demam

dan malam tadi
memang betul
dia demam
pas tu tunjuk kat telinga
sakit katanya
maybe panas 
tido pun tak lena
kejap-kejap bangun
nangis
pas tu tido balik
then bangun
nangis lagi
tido balik

haih…masalah nya
bila aku pujuk
tak mau
nak papa..nak papa
(anak papa sungguhhhh ^__^)
so en. hubby la yang dok uruskan dia

alhamdulillah
pagi ni bangun
ceria aje
macam selalu
harap-harap
aleesya dah sembuh

adam pulak selsema
malam sok sek sok sek
jadinya tido pun
tak berapa nak lena jugak
sib baik tak teruk

ingat nak el
tapi bila tengok dua-dua 
dok ceria pagi ni
terus tak jadi
kalau diorg pasif
and nampak sakit tadi
memang aku el la
(maklumlah cuti tak banyak
kena pandai guna
kalau tak
unpaid leave la jwbnya 
sampai hujung tahun)


sangat-sangat susah hati

bila anak-anak tak sihat