:: OUR LOVE ::

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

11 December 2012

:: mengapakah jadi begini??? ::

waaaaaa....
dah masuk hujung tahun dah
beberapa hari lagi  nak melangkah ke tahun baru
blog ni pulak tak berupdate2
apakah ini kerana kemalasan
hooooooo
tidak ok
semuanya kerana kekangan masa
anak dah dua kan
jadinya tugasan as a mummy
bertambah-tambah la
lagipun anak-anak kecil ini memerlukan perhatian lebih 
jadinya blog ini terabai la sikit
insyaAllah bila next week dah start keje 
boleh la kot nak update sikit2
kat rumah jangan harap la
cuma tuan tanah rajin jalan2 bw jer
tu je yang mampu pun

blog ni pun tak abis touch up lagi
bila ntah nak polish pun tak tau la
tunggu dan lihat sahaja
tahap kerajinan tuan tanah ni...:-P

07 November 2012

:: Happy 2nd Birthday Sayang....Nur Irdina Aleesya ::


Alhamdulillah.....semalam genap dua tahun usia anak mama
06 NOVEMBER 2012

HAPPY BIRTHDAY SAYANG



Aleesya lah harta yang mama sayang dunia akhirat
yang lahir dari rahim mama
yang mama sayang sangat-sangat

mama doakan semoga Aleesya membesar dengan sempurna
dikurniakan kesihatan yang berpanjangan
sentiasa dibawah lindungan kasih sayang Allah s.w.t.
semoga Aleesya menjadi anak yang solehah
yang mendengar kata
yang menghormati orang tua
dikurniakan akal fikiran yang cerdas dan bijaksana

sesungguhnya mama doakan yang terbaik untuk hidup Aleesya

p/s : disebabkan mama masih dalam confinement day....
kite postponed dulu yer celebration your birthday
nanti kita cut cake sama-sama

03 November 2012

:: Selamat sudahhhh.....AMIN..... ::

alhamdulillah...baru berkesempatan nak update status
tanggal 07 Oktober 2012 tepat jam 5.22 pagi
aku selamat melahirkan anak kedua ku
di Hospital Raja Permaisuri Bainun Ipoh
secara pembedahan

kalau diikutkan aku dijangka bersalin 16 Oktober 2012
tapi disebabkan aku ada kencing manis
so doctor advise suruh bersalin dua minggu awal dari
tarikh jangkaan

here...my new baby boy


**gambar ni fresh after deliver**

and his name is 

Adam Zaweer Asryad 

yang bermaksud

Adam - Nama Nabi, ikutan, teladan
Zaweer - ketua, pemimpin
Arsyad - yang sangat cerdik

semoga anak mama n papa membesar seindah namamu
dan menjadi anak yang soleh, mendengar kata
dan menghormati orang tua

dan senantiasa dikurniakan kesihatan yang berpanjangan
AMIN......


13 September 2012

:: 35 weeks sudah...4 more weeks to go::



 alhamdulillah....
this week dah masuk minggu ke-35
ada lagi 4 minggu nak deliver
tu pun kalau tak terberanak awal la
and
harap semuanya ok-ok belaka
la ni pun dah mula rasa sakit
nak-nak bila baby mengeras
huhuhu....

kali ni lain sikit rasanya
berbanding 1st pregnancy dulu
maybe kesan dari ceaser kot
maklumlah
gap pun setahun lebih jer
takut luka lama tu tak berapa nak sembuh
tapi harap-harap
dah sembuh la
risau jugak kan
dalam perut...bukan boleh nampak pun

semoga aku and baby diberi kesihatan 
sehingga tiba waktunya


story raya
tak de mood nak cite
maklumlah waktu tu pun tengah sarat
sambut pun ala kadar
tak de yang special
lagipun this year 1st raya tanpa mother in law
jadi memang agak suram la belah my hubby
for my side
cam biasa 
meriah coz semua ada
cuma abang yang sulong je kena keje
lagipun tak jalan mana
sebab tak larat
huhuhuh
tunggu next year la
maybe lg meriah
nak-nak kalau balik kampung nenek kat johor
mood : tak sabar nak tgk mr. is junior :P

 

13 August 2012

:: betul-betul menakutkan....::




semalam memang hari paling malang bagi aku
first time tengok and merasainya
nasib baik lah tak panik
kalau tak....tak taulah nak cakap
sampai sekarang masih teringat-ingat
trauma agaknya kot

begini la agaknya bagi 
orang yang pernah alami sendiri
sangat-sangat menakutkan....

macam biasa, lepas masak untuk berbuka
aku mengemas la apa yang patut
kebetulan laki aku dah kuar
sebab dia meniaga bulan puasa ni
jadinya tinggal aku berdua jer dengan aleesya

sebelum aku berbuka 
aku bagila aleesya makan dulu
sebab bila tinggal berdua dengan dia
susah nak control 
bila tiba aku nak berbuka nanti

sebelum tu aku panaskan la ikan goreng
then bawak la se kecik tu makan 
pas tu aku bau benda hangit
aik...dalam hati berkata
sape la masak sampai ke sini baunya
makin lama makin kuat pulak
aku rasa tergerak nak menjengah ke dapur
kot-kot aku yang masak kn
then
bila aku jengah jer
YA ALLAH.......kuali aku terbakar....
dengan api yang marak..
aku terus letak pinggan...
lari ke dapur...
tutup api gas
tapi kuali masih lagi terbakar tuh...
aku amik air...aku curah atas kuali
sekali ko...
berasapppppppp dapur aku....
aku dah pedih-pedih mata menahan asap tebal tu
then aku angkat kuali yang masih terbakar
campak terus dalam toilet
aku amik air terus simbah lagi
huhuhuhu
menakutkan weiiiii
first time tengok api yang marak giler
rasa nak tercabut jantung aku
nasib baik la aku cepat
kalau tak
ermmmm....
tak nak cakaplah....
huhuhuhuhu.....
serius sampai sekarang masih terbayang-bayang
api tu

kesan dari tu dapur aku dah berjelaga
aih......dengan bau hangit yang meloyakan lagi
memang seram la bagi aku

nasib baik la aleesya tak ikut aku ke dapur
elok jer dia dok depan
tapi menangis tetap menangis 
sebab aku tinggalkan dia

ni la kalau dah cuai sangat
dok biarkan api terpasang
haihhhhhh...menyesal aku tak check  

but syukur sangat-sangat 
tak ade apa-apa yang berlaku
tapi kalau aku lambat sikit la
erm....tak beraya aku tahun ni
 
sumber dari google
lebih kurang gini la kuali aku terbakar
serius menakutkan kan......api dok menari2 gitu
huhuhhuhuhhu


10 August 2012

:: 21 hari sudah.....::



dah 21 hari kita berpuasa
dan hari ni berkesempatan nak update blog
tak tau la sebab apa dok bertangguh 
asyik blog walking ajer
sampai blog sendiri tak berupdate
ni malas punya pasal
lagipun tengah kekeringan idea kan
mana mau 
ye tak

tinggal lagi seminggu lebih nak sambut raya
persiapan raya lum mula lagi
maklumlah di saat perut makin membesar
nak berjalan pun rasa tak berdaya
insyaAllah esok baru nak bershopping
kesian lak si kecik tu tak berbaju pulak nanti
padahal baju dia ada jer yang belum pakai
tapi untuk raya ni 
kenalah special sikit kan

harap-harap untuk dua hari ni 
dapat la cukupkn apa yang tak de lagi
kira all out la

then ahad kalau boleh before sambung shopping
nak mengemas rumah
nak tukar langsir
basuh segala cadar dan sarung bantal
harap-harap semua nya dapat diselesaikan
dengan jayanya
baru lah dapat shopping dengan penuh kelegaan gitu

antara list yang dah disiapkan untuk raya ni :-
duit raya > dah tukar
langsir dah ada > mak bagi...baru pakai sekali..jimat ok
baju melayu en. somi > dah ada....tak aci...huhuhu

hohoho...baru tu jer k
yang lain belum lagi
ni gara-gara malas la ni
tak de semangat sungguh nak beraya
 haihhhhhh



10 July 2012

:: two version of aleesya ::



 
 dah setahun 8 bulan
anak mama nih
cepat sungguh masa berlalu

bulan 11 nanti
genap la dua tahun

dah membesar ni
macam-macam ragam
ada masa ceria
ada masa suka marah2
dan macam-macam lagilah
walau apa pun
mama ngan papa terhibur
melayan kerenah anak mama
yang sorang ni



WE LOVE U SO MUCH
SAYANGGGGGG




:: New Series @ Astro Ria >> Mana Hilangnya Juwita<< ::



Malam tadi layan cite terbaru
kat Astro Ria
“Mana Hilangnya Juwita”
agak menarik citenya
walaupun ada scene2 yang agak daring gitu
lagi2 pakaian para pelakon yg agak
menyakitkan mata
huhuhuhu
tapi still layan jgk
sebab nak tahu jalan cite
kalau tak tengok dari mula
tak best
so kena tadahkan mata jugak

paling yang tak tahan
bila tengok Nabila berlakon
adoyaiiiii…..orang lain yang pakai seksi
diri sendiri yang termalu
macam mana tu
dengan aksi2 yang 18sx
(bagi aku dah kira 18sx lah…kehkehkeh)

sib baik sensorang je tengok
kalau ngan cik abang
harus ku tutup tv itu

dan tak sabar nak tengok
sambungan next week
apa yang berlaku kat Juwita sebenarnya
nampak macam semalam
dia dah mati…

sian kat Anggun
pasti sangat adik dia dah hilang

so..nak tau kisah seterusnya
wait and see
on next week lorrrrrr


07 July 2012

:: Drypers Happy Family Club Redemption Program ::



berita gembira untuk ibu-ibu n ayah-ayah sekalian
bagi sesiapa yang memang pengguna tegar 
produk ni...
tiba masanya untuk menebus 
hadiah-hadiah yang menarik

 
dengan syarat anda dah daftar sebagai ahli kelab yer

untuk penebus 228 yang pertama
akan mendapat 
hadiah percuma
dari pihak drypers

so jangan buang masa lagi
pakat2 lah cari and kumpul barcode 
bagi barangan ini
(tak semestinya pampers)
dan submit la cecepat yer...

nak tahu lebih lanjut 
sila la layari
laman sesawang drypers hari ini




06 July 2012

:: Short update ::




just nak luahkn perasaan
kecewa and sedih
maybe bukan rezeki utk dirai

sangat redha
dengan ketentuan Illahi..

namun tetap bersyukur
dengan apa jua yang diperolehi

(macam gurindam pulak)
 lamanya tak berupdate
mood tak dak
just bw jer

25 June 2012

:: 21.06.2012 >> My 3rd checkup << ::



lupa nak update my 3rd checkup
so far tak de masalah
cuma berat naik mendadak
erm…sampai nurse tu tegur
“senang hati yer pregnant kali ni”
hohoho…senang hati lah sangat
tak de makna ok

lagi satu setiap kali nak dengar
dengupan jantung baby
punyalah susah
tapi harap-harap
biarla baby dalam kandungan ni
sihat sempurna
seperti kakaknya dulu 


pic from babycenter.com

01 June 2012

:: Ke Genting esok ::

Esok cuti
Maklumlah sabtu keje kn
Tak mcm company lain 
yg hari sabtunya
Memang cuti

Actually plan nak balik rumah mak ayah
Tapi mr. hubby lak ajak join
G genting

Ikutkan hati mmg tak nak ikut
Malas sebenarnya
Walaupun keadaan lum sarat lg
Rasa nak berehat jer

Dah mr. hubby beria2 benar nak bawak
Si anak dara tu ronda2 genting
Jd si mama nya tak leh la nak tolak kan
So kena la pergi jgk

Petang ni gerak ke Gombak
Esok lak terus cargas ke Genting
Aihhhhh…..malasnya…..


**pic from google**







24 May 2012

:: 24.05.2012 >> my 2nd checkup << ::




Hari ni pegi check up utk yg kedua
Pas buat buku merah
Berat naik 1.6kg….
Hmmmmm
Banyak tu
Padahal mkn xde la pulun sangat
Ya ker???
Hahhaha
Tp tulah…
Maybe malam tadi dok balun Maggie sepeket
Tu yg berat terus naik tu
Lapaaa okkkk

And
Hari ni baru la dapat
Dengar degupan jantung baby
Dup..dap…dup..dap…dup….dap…
Seronoknya hati
Tapi susah jgk nak mencari portnya
Macam main nyorok2 pulak

now baby dalam kandungan
dah 19 weeks...
ada 21 weeks lagi
nk lihat dunia luar 



02 May 2012

:: Al-Fatihah buat M.I.L yang tersayang ::



Tanggal 30 April 2012
 lebih kurang jam 9 mlm
kami mendapat perkhabaran 
M.I.L sudah menghembuskan nafas yang terakhir

kebetulan kami dalam perjalanan pulang
ke rumah 
ada anak kecik...tak boleh masuk wad
then kena bawak balik takut meragam kan
setelah melawat arwah 
(sebelum kematian beliau)
di hospital 
arwah time tu memang
sudah tidak sedarkan diri dan
hanya bergantung pada mesin sj

Innalillahiwainnailaihirojiun....
 sebak aku rasa
baru sat tadi aku tatap wajahnya
kini dia sudah pergi untuk selama-lamanya

AL-FATIHAH
buat arwah M.I.L yang tersayang
Robiyah Binti Sarif
semoga roh arwah ditempatkan 
dikalangan orang-orang yang beriman
AMIN.......


 gambar kenangan bersama arwah 
sewaktu sambutan hari raya
 dua tahun lepas


26 April 2012

:: Alhamdulillah...Syukuran ::




tak terucap dek kata-kata
hanya luahan "Syukur Alhamdulillah...."
yang mampu dilafazkan

saat ni rasa nak nanges pun ada
kerna tak sangka
akan peroleh cahaya mata sekali lagi

walau apa pun
akan terus juga diharungi 9 bulan 10 hari
semoga kandungan ini
akan membesar dengan sihat
dan sempurna hendaknya

Amin...Amin...Ya Rabbal Alamin...

akhirnya dapat jgk bg 
Adik utk Aleesya



sayang mama jgn nakal2 tau
aleesya dah nk jd kakak


22 March 2012

:: Anak Mama ::



Sekarang ni aleesya banyak noooo ragamnya…
kuat menangis...
pandai merajuk…
kalau kita tak bagi apa yg dia nak 
mula lah buat perangai…
and part paling payah…
bab nak memujuk dia…
punyalah susah…
kalau kite tak layan rajuk dia…
dia bangun n mula lepuk kita sana sini…
pandai dah tunjuk protesnya sendiri…
kadang2 dia guling2 atas lantai….
sembamkan muka kat bantal…
alahai anak mama…
awak tu kecik lagi..
dah pandai yer buat perangai macam tu yer….
ikut perangai sape lah ni…

Tapi anak mama ni sebenarnya 
baik…pandai…bijak…
ada masa buat mama and papa gembira 
dengan telatah dia yang tak disangka2…
dah pandai counting..
pandai menyanyi…
pantang nampak iklan…
mesti nak joget…
pandai mengaminkan doa…
kalau dengar orang tgh azan…
cepat letak jari kat mulut…
tanda suruh senyap la tuh…
itula aleesya..

aleesya…
mama sentiasa berdoa yg terbaik utk anak mama
semoga anak mama membesar dengan sempurna 
dikurniakan kesihatan yang berpanjangan, 
akal yang cerdas 
dan 
sentiasa berada di bawah lindungan Allah s.w.t……



Mama ngan Papa sayang sangat dengan kamu!!! 
 
 

28 February 2012

:: Terukir Di Bintang ::



First time dengar lagu ni 
terus jatuh cinta 
tercari-cari gak sape la penyanyinya
rupa2nya Yuna

dengar banyak kali pun
rasa tak jemu
lagi suka ada lah
sweet jer 
^_^


Jika engkau minta intan permata tak mungkin ku mampu
Tapi sayangkan ku capai bintang dari langit untukmu
Jika engkau minta satu dunia akan aku coba
Ku hanya mampu jadi milikmu pastikan kau bahagia

Hati ini bukan milik ku lagi
Seribu tahun pun akan ku nanti
Kan... kamu...

Sayangku
Jangan kau persoalkan siapa dihatiku
Terukir di bintang tak mungkin hilang cintaku padamu

and suka gak tgk klip video lagu ni
versi lain la
cute n comel jer...







:: Picnik will be closing .... ::




Last week nk continue la my editing picture…
biasanya guna picnik.com and photoscape utk edit gambar…
sekali tu bila bukak jer website picnik….
terpampang message 
picnik.com will be closed on 19 April 2012…
alaaaaaaa….tak suka nya dapat bite ni…
huhuhu….menci la……..
dah la ni one of my favourite program 
pas ni terpaksa la guna program lain kalau nk edit-mengedit ni…

so disebabkan nak tutup ni…
picnik.com dah on all their premium editing utk semua user….
bestnya….tak payah bayar k
diorg bg free until the closing date…

jadinya
pas ni gigih la mengedit gambo…
kalau tak…
rugi wehhhhh...

tapi hati tetap sedih....




:: Mood ke laut...... ::


Erm…tak tau nak habaq cam mana…
mood memang zero...
actually masa mmg ada…
cuma mood je yg tak berapa nak ada…
just bw jer…
tu pun tak de nak tinggalkan jejak…
sekarang semuanya rasa MALAS yg amat…
cam mana ni
huhuhu…


20 January 2012

:: My wishlist for CNY holiday ::



Nak sangat jenjalan 
plus shopping kat
(shopping la sgt kan...duit ko ado ko???)





 


(sumber gambar2 ni >> google)
 
and beberapa lg shopping complex kat KL 
dah lama sangat tak pergi semua tempat tu 
since pindah Ipoh ni 
January last year 
rinduuuuuuuuu betul tau 

memandangkan CNY ni cuti panjang 
boleh la kumpul tenaga 
utk menziarah pusat2 beli belah ni 
setakat window shopping ok la kan
maklumlah duitnya tak berapa nak pandang

kalau la ada bonus
sure lagi bererti cuti panjang ni

abg sayang....
agak2 ada tak "RM" utk isterimu ini
tetiba.....
hahahahahah

:: CNY....cuti panjang ::



CNY ni off seminggu 
my husband give suggestion balik my hometown 
mula2 rasa tak nak balik 
then after told my mum 
dia suruh balik lak
paham sgt dah ni mesti RINDU kat cucu dia yg sorang ni 
kalau ikutkan hati nak je lepak kat rumah 
bmanja2 ngan my lovely dotter 
(mcm la kat rumah my mumak bolehkan...apadaaa..)
and bolehla jgk kemas2 rumah 
masak utk laki kan
tapi takpe la 
lgpun dah lama tak balik sana 

jadi akhirnya setuju jer dgn cadangan my husband 
dia lak off sampai hari selasa je
then ptg selasa tu dia kena balik our home 
cos keesokkan harinya dia keje 
pas tu hari jumaat balik my hometown again

cos hujung minggu ni lak my youngest brother kawen 
so mmg patutla kena balikkan 
persiapkan apa yg masih tak siap lagi 
my bro nikah hari jumaat 
and kenduri sebelah pompuan hari sabtu 
kenduri belah kami lak the next week nya
huhuhuhu....
mmg penuh la aktvt for dua minggu ni

sure penat gilessss pas ni
fuhhhhhhhhhhh