:: OUR LOVE ::

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

23 September 2013

Balik Bandor 2



Entry sebelum ni ada cite pasal kite org g sungai besar kan
Actually kite org gi 'beraya' umah bakal BIL...umah family dia
Masa raya tak sempat sampai
Jadinya pergi la lepas raya
Huhuhuhu


Disebabkan kiteorg dah inform nak datang
Maka tengahari tu makan besar la kami
Berlaukkan ketam masak lomak cili api
Udang masak boyan » masakan org boyan katanya « 
Sayur campur 
Ikan goreng
Memang kekenyangan la kami
Alhamdulillah
Semuanya sedap-sedap belaka


Lepas makan kami bersantai
Tu pun after basuh pinggan semua
And kemas apa yg patut 
Memang ramah tamah family diorg
Jadinya kami takde la segan sangat
Dah macam family sendiri pulak


Ptg tu kami ke bendang
Kami ke rumah mak kandung bakal adik ipar
Sebenarnya bakal BIL ni dijaga oleh adik mak jaga (kira mak usu dia) since dia baby lagi
Ada la sejarah kenapa dia diserahkan kepada mak usu dia


Masa kami sampai 
Padi dah dituai...
Jadinya tak dpt la nak tengok 
Pemandangan yang cantik


Tak lama pun kami kat sana
Sebab dah petang kan
Lepas tu on the way nak balik 
Kami singgah jap kat kedai kain
Ikut kata bakal mak BIL 
Kain kat kedai tu murah2
Memang murah pun
Dah la cantik2
Memang rambang mata dibuatnya


Aku beli 3 pasang je
Total semua dalam RM60++
Kain chiffon yang sangat awesome pun murah...semeter dlm RM11++
Pic yang aku attach tu kain chiffon yang adik aku beli
Memang berbaloi la
Tak silap aku nama kedai ni Kedai Banjhir...lebih kurang gitu la ejaan dia
Nanti nak beli lagi aku kirim je kat adik aku
Heheheh....


Dah siap shopping semua
Kami singgah semula rumah family bakal BIL
Minum petang
Dah dijemputkan
Takkan nak tolak pulak


Dalam pukul 6.30ptg
Kami gerak pulang
Perjalanan balik taklah seteruk masa kami nak pi sana

19 September 2013

Balik Bandor



Cuti tiga hari tu 
Kami sekeluarga balik Gombak
En. Somi la ajak balik
Ikutkan nak gi la jalan-jalan
Bawak anak-anak bercuti


Tapi memandangkan next month
Dia dah mula busy
Rasanya perlu la balik kan
Esok-esok dia dah sibuk
Sure takleh dah nak balik selalu

Tak pe la...dia sibuk pun sebab nak cari rezeki untuk anak bini dia jugak

Rasa bersalah la sebab tak dapat nak tolong dia
Ringankan mana yang ada 
Takpe.. in sha allah ada jalan nanti


Berbalik pasal cuti hari tu
seronok la anak2 sebab dapat jumpa
nenek and atok diorg
and mak2 sedara smua


hari sabtu kami pi sungai besar
ni first time aku g sini
huhuhu...perjalanan yang amat memenatkn
sebab jalan penuh ngan kenderaan
agak sesak 
bertolak dalam kul 10am lebih
sampai sana dalam kul 1pm 
dah mcm nak balik ipoh aku rasa wehhhh
aku lak asyik nk terkucil je...
tp terpaksa la tahan bila nengok jalan yg penuh sesak


tak dan nak amik gambo
sepanjang perjalanan
maklumlah dok riba si kecik yang dah makin lasak
karang kite sibuk pegang phone
dia pun dok terkapai2 nak pegang sekali
jadinya memang takleh la kan

so
ke mana kah destinasi kami sebenarnya di sungai besar tu??

09 September 2013

bad news and good news



sangat tak suka pagi tadi
dah la lama menunggu
hampir 3 jam tu...
terus mood down sangat2
tak mengharap apa2 pun
keputusannya
so 
redha je la


dan hasil kegagalan dari pagi tadi
dapat pulak satu bite
yang tak disangka
alhamdulilah rezeki... ;-);-)
tapi hati ni gundah gulana plk
bukan apa
bila pikir pasal diri ni
satu je terlintas di fikiran
"mampukah aku harungi peluang ini sekali lagi"


Ya Allah Ya Tuhanku
Kau tunjukkanlah jalan yang harus ku pilih
Kau permudahkanlah ia sekiranya ia terbaik untukku...
Aminnn...

mood » sangat-sangat nervous

08 September 2013

Esok yang penuh debaran


harapnya esok berjalan dengan lancar...
semoga terang hati aku ni...
and semoga ada rezeki aku di situ...aminnn...

1...2...3...testing....testing....


Try upload by blogger-droid...
orang lain dah berkurun guna...
tuan tanah ni baru nak apply....
sangat ketinggalan zaman
hukhukhuk

p/s : pic ni amik petang semalam....bawak anak-anak jalan kat dataran...seronok benar si kakak

Published with Blogger-droid v2.0.10

06 September 2013

Penghujung Syawal1434


Syawal dah sampai ke penghujung dah
hari ni baru berkesempatan nak update 
bila penyakit MALAS datang 
gini la jadinya 
bukan tak de masa 
masa tu ada je 
tapi kalau dah MALAS tu 
memang tak ke mana la kan

actually ada je entry harraya ari tu
tapi ada dok dalam draft
tak dan nak publishkan
huhuhu
memang dasar pemalas kan
hahahaha

tak pe la 
nanti-nanti kita publish k
walaupun time tu confirm Syawal dah abis

dahla laptop ni pun problem
certain huruf dalam keyboad ni takleh function
jadinya aku terpaksa la copy and paste je
dah jadi satu keje la pulak

hari ni tak masak
petang ni ada majlis sambutan hari raya kat taska aleesya
aku bawak puding laici je
malam tadi buat
third time buat....sedap ok...nyaman je bila masuk tekak
nak buat pun simple sangat
pejam mata pun mampu
pic tak de...
malas nak amik

ha....malas lagi ko kan...


pic from mr google