:: OUR LOVE ::

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

22 December 2011

:: Tentang Dhia ::


 suka sangat ngan cite ni
suka tgk dhia yg comei lote
suka tgk zikir yg hensem sokmo
jalan cite yg lain dr lain

next week cite ni dah abis
agak2nya macam mana lah nasib dhia kn
harap2 zikir tak kawen la dgn rose tu

tak sabar nak tunggu ending cite ni

13 December 2011

:: versi lama n versi baru ::

ni saje je nak mengisi masa 
yg tak berapa nak ada ni
walaupun sibuk ngan keje
masih berkesempatan 
nak memunggah pic2 lama 
and tetiba mata ni tertumpu 
pada satu gambar 
walau dah berconteng2 
tp kecomelan tetap terserlah 

and dipadankan pula 
dgn latest pic my little dotter 
and the result 
is
wah....tak sangka leh sama
cam photostat jer

utk anak mama
bila dah besar nanti
tgk yer pic ni
u like me kkkkkk
v
v
v
v
v
v

dua-dua comelkan
seriussssss...suka pic ni.......

08 December 2011

:: Antara Dua Cerita ::

now orang semua dok sibuk cite 
pasal filem Ombak Rindu



(sumber gambar dr google)

aku???
belum ada perasaan nak tengok pun
tak tau kenapa
maybe pelakon yang tak berapa nak minat kot
even hero dia jejaka idaman malaya
tapi mengenangkan heroin nya 
terus aku cam...
ermmm....tak de semangat

kalau la pelakon (herion la) tu 
berwajah "kemelayuan"
lagi syok kot
nmpk la kena ngan watak izzah
yang kekampungan kan
sebab bg aku tak perlu la nmpk moden sgt
tak nampak keasliannya

but kalau ada kesempatan 
aku tetap nak tengok
Ombak Rindu ni
cuma bukan sekarang la

filem yg aku buat aku tertunggu2
filem lakonan Tom Cruise
hero mat saleh yg hensem ni
aku memang suka filem action2 ni
so mmg tak sabar k
tgk kat rumah je pun
kat panggung tak boleh 
 cos tak de sape nk jaga my baby
filem ni adalah kesinambungan 
dari filem Mission Impossible:
MI (1996), MI 2 (2000) & MI 3 (2006)
and now yg ni MI yg ke-4
MI : Ghost Protocol

(sumber gambar dr google)
p/s : tom cruise ni tetap hensem kan
walaupun dah nak masuk 50
tak nampak tua

07 December 2011

:: rentetan dr peristiwa itu... ::

chewahhhhh..tajuk tak boleh bla....
hahahahaha

oklah..now continue...
entry sebelum ni aku ada cite pasal 
kamera kesayangan aku hilang kan…
now dah jumpa balikkkkk…
seronoknya….
alhamdulillah…
syukur sgt2…

kisahnya macam gini…
satu pagi ni dah siap2 nak pegi keje …
terus masuk keta ngan aleesya…
pas hubby duduk n start enjin dia pass kamera kat aku…
sambil cakap..”jom aleesya kita amik gambar….” 
aku ni kan memang suka snap2 pic….
terus je aku capai kamera tu 
(ms ni memang tak perasan kamera aku tuh).. 
pas snap bagai…
aku rasa setting tak betui…
cos aku ingat tu kamera hubby aku…
alih2 bila aku pusingkan kamera tu…
terus aku menjerit ….
sampai si aleesya terkebil2 la tgk 
mamanya menjerit macam hapa ntah….
hehehhe…lawak betul la…
cam ne la aku boleh tak perasan…lawak2…
then tanya hubby mana dia jumpa kamera ni…
dia ckp la ms cuci keta 
budak cuci tu jumpa bawah seat…
punya la aku cari bagai nak rak…
rupanya dok bawah seat aje….
hehehe…sabor je la…

so pas ni boleh la aku teruskan 
aksi tembak menembak ni…
suka nya hati aku….
lalalalalalala...... 

:: blog berwajah baru ::


asyik bertukar wajah jer blog aku nih 
selagi tak jumpa yg bkenan di hati 
selagi tu lah aku godek2 
aku belek2
nak tempah rasanya aku belum mampu lg
takpe lah wat sementara ni 
guna aje mana yg aku rasa ok 
ni rasanya kali ke berapa entah 
aku tukar
so
cari punya cari
akhirnya aku ketemu jua
aku nak kekal yg ni aje 
simple, menarik, and kombinasi yg sgt cantik 
kepada creator blog nih 
aku guna ko punya template k 

peace!!!

06 December 2011

:: 1 tahun 1 bulan ::

dah setahun sebulan usia anak mama…
makin hari makin bijak…
dah pandai berjalan 
walaupun masih keras jer kaki tuh…
jatuh bangun usah cakap la…
melangkah tetap diteruskan…
tak pernah putus asa…

mulut lak bising….
tak abes2 bercakap…
ayat yg selalu disebut...
”petaaaa…petaaaa…petaaaa…"
entah apa lak yang ingin disampaikan nya…
hehehehe…..serius comeiii…
walaupun tak faham…
tapi tetap layan k…
and she very exciting…
cos we respond what she doing and said…
pandai anak mama….

one more thing dah pandai tadah tangan 
utk baca doa
as a mum...i'm very proud k
cos she sangat2 la kecik lg
aleesya...aleesya


mama doakan semoga aleesya mjadi anak yg solehah….
anak yg mdengar kata…
dikurniakan akal fikiran yg cerdas, bijak…
n sentiasa dalam rahmat Allah s.w.t…

ALEESYA.....kamu adalah
permata hati kami
pengarang jantung kami

mama ngan papa 
SAYANG aleesya sangat2…
muahhhhh…





05 December 2011

:: kerana kelalaianku ::

sedih tul aku
entah cam ne la aku leh tak perasan 
padahal hari khamis minggu lepas baru je godek2 
sebab nak open account utk aleesya 
then hari sabtu berikutnya dah hilang 
konon nak bawak la g carnival bank rakyat kat town ipoh 
bila cari tak jumpa terus downnnn 
sungguh2 ralat hati aku ni 
RM400 tu….bukan sikit ok… 
duit tu aku usung la ke sana ke mari
kalau tahu nk berlaku mcm ni
sure aku takkan bawak merata alam
cuma aku konfius sama ada 
duit tu jatuh masa aku nk amik 
barang lain (aku simpan dlm handbag –dlm sampul duit lg) 
atau aku salah letak….
adoyai….
puas dok pikir…
sampai sakit kepala aku nih…

kalau betul la dah hilang…
makna kata aku kena ganti la…huhuhu…
sebab salah aku kan…
tak pe la nak…itu duit kamu..
kerana kelalaian mama….
mama WAJIB ganti la…
sob…sob…sob..


25 November 2011

:: JUSCO SELECTION PASTA MASTA CONTEST ::


Tengah dok layan FB tadi tetiba kuar message ni from

aeon jusco malaysia

v

v

v

JUSCO SELECTION PASTA MASTA CONTEST

|| 24 Nov - 31 Dec 2011||

sangat mudah nak join
just masak
snap pic
tulis details about the recipe
then complete kn slogan 
and 
submit the recipe & photo yang di'snap'
bersertakan sekali ngan bukti pembelian

but ada syaratnya
kena beli 
2 of JUSCO SELECTION pasta
baru boleh join ok 

nak tahu lebih lanjut syarat2 yg lain sila 
klik la pic di atas tu yer

**agak2 ada masa tak nak masak2 nih....
masih dalam perancangan nak menjoinkan diri...
hadiah pun agak menarik nih..ermmm...**

24 November 2011

:: bad mood...bad mood...bad mood.... ::

minggu ni mood tak berapa nak bagus
rasa nak marah orang jer
tapi kalau boleh tak mo la
marah-marah
sikap yang tak elokkan

harap-harap aku masih boleh 
kawal perasaan aku ni

28 October 2011

:: Mimpi......... ::

setiap kali tido kalau bermimpi
mmg masalah kat aku

bangun pagi jer
rasa mengantuk yg amat sangat
badan lak terasa letih
rasa macam buat kerja berat
padahal tido awal jer

camne la nak bg tido tu lena sgt2
and kalau mimpi pun
takde la nk rasa penat or mgantuk

inilah yg berlaku kat aku
mcm mana aku nak hadapi keadaan aku hari ni
sampai ptg karang
huwaaaaaaa…mau pengsan sat lg


24 October 2011

:: Aku kehilangan..... ::

Berita terkini : Kamera hilang
Mood : Tension….sedih giler….dah puas cari…
tak tau hilang kat mana atau aku tsalah letak…
aku SAYANGkn momento yg dirakamkn….
penuh dgn pic2. my dotter…
tak sempat aku nk transfer ke external hardisk….
actualy ada cite di sebalik khilangan kameraku ni…

Minggu lepas ada la perbincangan kecil antara aku n my hubby... 
**perbincangan kecil la sgt**….
ni sebab gara2 nak beli kamera baru la konon….
maklumlah kamera sedia ada pun yg old fashion punya 
but still boleh gunapakai…
and hajat hati nak tukar la yg baru…
kalau dapat grab one dslr pun ok gak…
**besar cita2kan tp tulah yg dihajati pun**
and lepas disuggest oleh member hubby aku….
dan oleh kerana pikiran hubby aku yg telah diracuni….
maka dia propose amik Sony NEX-5….
aku lak lebih bminat dgn Nikon DSLR….
Itu baru perbincangan jer…
belum pun beli…

and hari sabtu lepas camera aku hilang …
hajat hati nk transfer ke external..cari2 tak jumpa pulak…
ingatkn tertinggal kat opis…
kat opis pun takde….
adoyai…..
ni la panahan setiap kali nk beli barang baru….
barang sedia ada mesti ada problem @ rosak takpun hilang dr simpanan….
macam tau2 jer khidmat “dia” tak diperlukan lg….
tapi takde niat pun nk buang @ nk jual @ nak tukar camera tu….
sebab ia masih elok and still boleh digunakan....

so...redha je lah…apa nak buat…benda dah hilangkan…..
nak jumpa balik belum tentu..
tapi terkilan sangat2 sebab tak sempat
nk copy semua gambar2 n video dalam camera tu....


**Sony NEX-5  vs  Nikon D3100 **

 ni sony Nex-5....actualy byk version
and latest punya model...
tak silap Nex-7
Nex-5 ni comel...ringan..function lebih kurang DSLR
Boleh bawak gi mana2 sebab kecik n cute jer



And ni pulak Nikon D3100
Hubby cakap besar gedaung
Nak bawak usung sana sini susah
Walaupun mantop tp agak kurang praktikal
Sebab nak pakai pun utk kegunaan sendiri jer
Tak perlu nak pakai yg havoc2
Janji gambar yg diambil superb sudah..
>ni pendapat my hubby<
so...aku nk pilih yg mana satu ni???
pening2

18 October 2011

:: mood > sedih, geram, benci, marah ngan sikap manusia yg kejam itu< ::

tak tau nak gambarkan perasaan ini
selepas melihat foto baby yg dikelar oleh ibunya sendiri
sedih, geram, benci, marah
semuanya mjadi satu

apalah dosa bayi itu sehingga terpaksa
diperlaku sebegitu rupa
dimanakh nilai kasih sayang dalam jiwa ibu muda itu
sekalipun marah sebab keluarga teman lelaki tidak menerima dia dan bayinya itu
takkanlah sampai dikelar tubuh bayi itu sehingga keluar segala isi perut
Allahuakhbar........Subhanaallah............
Allahuakhbar......

tak terkata saya dibuatnya
hanya linangan air mata yg turun membasahi pipi


15 October 2011

:: mengemas...mengemas.....n mengemas.... ::

hari ni el
tak sampai hati nk tinggalkn si kecil saya
demamnya masih tak kebah lg
jap gi nak bawak gi klinik

dan disebabkn hari ini EL
kami, suami isteri sepakat utk mengemas rumah
maklumlah hari2 biasa
tak terkejar dek tangan utk membersihkn segala isi dalam rumah
setakat sapu sampah tu masih mampu dilakukan
tapi kalau nak mop lantai...
biasanya hujung minggu je lah

so hari ni pulun 
dr ruang tamu hinggalah ke dapur
sementara si kecik saya sedang lena
haruslah kami menghabiskan keje2 kami
kalau tidak memang haru
mana nk buat keje rumah n 
mana nk layan si kecik yg saya sayang sgt2 nih

sambil2 tu sempat jgk saya masak kn bubur > utk buah hati saya<
biar semuanya siap serentak
pas ni boleh la merehatkn n m'guling2 kn diri

:: T.D.A.T ::

lum rasa mengantuk 
lagipun tengah jaga si kecik > buah hati saya <
tak sihat dia hari ni...
tetiba je demam panas
sian anak mama

semoga anak mama cepat sembuh yer

la ni tengah dok layan cite The Day After Tomorrow > T.D.A.T<


exceli cite ni dah tayang banyak kali
tapi bila tiap kali nonton
sure rasa jantung ni nak tercabut
aksi2nya amat mendebarkan
erm...tak taulah kalau benda2 ni terjadi in reality kan

semoga kita dijauhkan segala musibah

11 October 2011

:: penyakit "M" melanda ::

lamanya tak update blog
hanya BW jer
tapi tu pun tak tinggalkan jejak
sebab apa tak update


ha…….penyakit M melandalah
banyak benda nak dicatatkan
tapi tu lah bila M menyerang
tak de makna lah lagi


bila la nak rajin ni…..

26 August 2011

:: raya sudahhhh.....SELAMAT HARI RAYA.... ::

Tinggal beberapa hari lagi
Ramadhan akan berakhir
dan Syawal akan menjelma

Tahun ni jgk merupakan tahun pertama
aku menyambut raya bersama orang baru
maklumlah sebelum ni dah 3 thn dok beraya berdua
akhirnya tahun ni Tuhan makbulkan doa aku
untuk menikmati Lebaran seperti org lain

Sgt excited sbb first time kn
shopping raya pun byk kepada si comel
mama n papa tak kisah sgt
ni pun lum beli lg baju
huhuhu.....
tak pe masih ada masa lg...

 Terimalah ucapan dari saya sekeluarga
v
v
v
v
v
                                               -gambar ihsan dr google-



25 August 2011

:: CONTEST DUIT RAYA DELICIOUS-CUPPIES! ::


sesape nk join klik la banner kat atas yer
mana tau ada rezeki kan

tarikh tutup : 25 August 2011 

17 August 2011

:: hari ni tak cuti :;

hari ni keje
company tak amik cuti Nuzul Quran
erm.....seronoknya kalau dapat cuti
boleh la mengemas apa yg patut

aleesya lak antar ke rumah pengasuh
sib baik pengasuh dia nk jaga
mengenangkn papa ada keje nk buat
terpaksa hantar ok
kalau ikutkn malas nk susahkn org
sekali sekala pun wat lagu ni

16 August 2011

:: puasa yg ke 16 hari sudah... ::

nampaknya bulan puasa ni 
agak terbatas utk aku berblogging
maklumlah org busy kan

sama gak ngan aktiviti memasak aku
boleh dikatakan bulan puasa ni
jarang sekali dapur aku berasap
semuanya menu main tunjuk jer

harap weekend nnt ada la masa
utk aku masak
hari2 beli pun boring jgk

esok ada jemputan majlis berbuka puasa
kat rumah jiran aku
tgh pikir lg nih
nk pergi ke idak..
bkn sebab sombong ok
tp mengenang aleesya yg x boleh tahu peelnya
kalau dia meragam time org berbuka
huhuhu...xke nyaris namanya tu....

dah suruh hubby jer pergi
tp dia kata g sekali la...
wawawa....tgk la mcm mana sayang...
kalau aleesya ok...boleh la kite g sama2 k

05 August 2011

:: sudah 5 hari berpuasa.... ::

barulah dapat update blog ni

tahun ni puasa aku dah ada anak
agak mencabar jgk bg aku
sebab melayan karenah dia yg macam2
tak kira waktu sahur ke
waktu berbuka ker...
ada je peel dia..
ada masa dia ok..ada masa dia meragam..
time meragam la buat aku betul2 pening
sib baik aku leh kawal diri lg
aleesya...aleesya...
 nape la ngan kamu sayang

kalau dia nk ikut papa dia xpe
tapi masalahnya dia nak aku aje
cam mana tu
dah la aku nak buat keje...
huhuhu....time dia tdo la aku leh buat semua keje rumah
kira time tu aku jadi 
SUPERMAK
hehehehe.....
buat keje sepantas kilat tau
ye la..kalau aleesya dah bangun
sure dia akan cari aku
kalau la aku ada kose mcm dlm cite supermak tu
alangkah bahagia hidup aku
kuikuikui....

14 July 2011

:: menang GA dr cutemum ::

baru berkesempatan update blog
maklumlah busy
dan entry ni actually sempena meraikan
kemenangan aku dalam 
:: GA : Dania Alisha 1st Birthday ::
memang tak sangka boleh menang
dan ini merupakan kemenangan aku yg pertama
 rasa teruja sangat........
ok la kan 
sekurang-kurangnya merasa jgk
hehehe....


dan hadiah yg aku dpt comel sangat
thanks ye cutemum



comelkn???
 


07 July 2011

:: masih menanti..menanti....dan terus menanti... ::

semoga ada rezeki untuk kami
dan kenikmatan ini boleh la
kami kongsi bersama2 keluarga tersayang

terus sabar menanti
dengan penuh debaran........

05 July 2011

:: slot terbaru zehra >> TAHAJJUD CINTA ::


drama terbaru dalam slot zehra
tengok preview dia macam menarik
pelakon2 pun best
tak sabar nak tengok....
drama dlm slot sebelum2 ni tak tengok pun
kecuali drama Nur Kasih

lepas ni nak layan TAHAJJUD CINTA plk

:: my wish ::

bila dok sorang2 ni
mula la dok terpikir
alangkah bagusnya kalau dok rumah
tak yah susah2 nk pikir pasal hal keje
dah tentu ada banyak masa dengan anak
boleh tengok perkembangan dia 
sepanjang masa
tentu seronok kan

tapi tu la
agak2 bila la aku boleh merasa semua ni
kalau la aku dah langsaikan segala hutang piutang 
(hutang2 masa belajar dulu tak abis2 lg)
dah tentu aku dok rumah jer
then buatla keje2 dari rumah
dapat duit poket sikit pun jadi la
harap sangat la ada rezeki 
untuk kami sekeluarga
semoga tahun ni hajat aku tercapai
tapi aku akan tetap bersabar 
sekiranya rezeki tidak berpihak kpd kami
walaupun bermacam2 dugaan 
kami hadapi 
semoga ada sinar di hujungnya

01 July 2011

:: bersawang sudaaaaa ::

sudah agak lama jugak aku tak update blog
macam biasa
masalah ketiadaan masa yg betul2 free
kat opis tentu2 dah busy kn
kat rumah lak...sibuk menguruskn hal rumahtangga
jadi memang tak de masa

sekarang ni pulak
waktu tido dah bertukar
mana taknya....nak tido kan si kecil
alih2 aku pun terlelap sama
sedar2 sudah pg...sib baik keje rumah dah settle
kalau tidak kelam kabut aku dibuatnya

entry aku p oversea pun tak update2 lg
tengok la dulu mcm mana
kalau ada masa kelapangan aku akn cuba update

wekeend ni nak dok rumah jer
nak rehatkn badan and minda
tapi kena kuar jgk
nak celebrate my loving punya besday
yepiiiiiiiiiiiiiii

24 June 2011

:: wildcutecat 1st giveaway: your baby's laugh photo contest ::

last minit join....dok tgh2 bw
tiba2 nmpk GA ni
>> klu berkaitan ngan baby memang aku suka <<
aci tak???
sape nk join masih ada masa...
klik kat banner bawah ni


tarikh tutup 24 June 2011 @ 12.00 mlm ni

so ini gambar baby girl sy yg tgh dok gelak ketawa
susah nk control kepala dia
sebab dia x mau pandang camera
huhuhuhu

:: my lovely dotter ::
v
v
v

nama : nur irdina aleesya mohd isa
tarikh lahir : 06 november 2010
tarikh gambar diambil : 27 march 2011
nama mama aleesya : zainatul izlin zainol

16 June 2011

:: goodbye Malaysia ::

beberapa minit lg aku akan 
meninggalkan Malaysia

sekarang ni kat balai berlepas
flight aku kul 08.30 mlm 
semoga perjalanan aku n hubby dipermudahkan olehNya

ni merupakan trip aku yg pertama
tak tau nak luah macam mana
perasaan : nerves, nerves n nerves

and 
fikiran aku ni asyik dok teringat kat aleesya jer
sian anak mama
kena tinggal ngan nenek dia
ni la pertama kali aku berjauhan dgn aleesya
sob...sob...sob....

15 June 2011

:: menghitung jam ::

kali ni nak menghitung jam lak
hari tak mau
sebabnya esok adalah hari kejadian

patutnya aku rasa happy
ye la nak jalan jauh
g negara orang kan

tapi lain pulak yg aku rasa
berdebor
takut
sedih
ahhhh........macam2 perasaan da
tak leh nak ucap ngan kata2
lagi2 nk tinggalkan si kecil yg comei lote tu
dah la dia tak sihat
demam (sbb nak tumbuh gigi lg) + batuk + selsema
cian anak mama

tak pe la...pegi pun bukan lama
next week dah balik dah

so tinggal beberapa jam lg
dr sekarang
utk aku melangkah kuar dr MALAYSIA
ke mana hala tuju aku
v
v
v
v
aku nak p sini