:: OUR LOVE ::

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

04 April 2013

kerja terkini



sekarang dok mabuk download movie
maklumlah sejak ada anak ni
panggung wayang dah tak jejak dah
last pegi pun masa lepas bersalinkan Aleesya
tengok cite apa tah
kalau tak silap Hantu Mak Limah Balik Rumah rasanya

tu la kali terakhir tengok movie kat wayang
kesian sangat
nak angkut anak-anak sekali masuk panggung wayang
belum masanya lagi kot
tunggu diorang semua besar sikit
mama tak sanggup nak berdepan ngan kerenah anak-anak kecil ini
hehehehe
maklumlah tempat awam kan
paham-paham aje lah

jadinya nak tengok movie terkini
kena lah download
senang cite

cuti hujung minggu boleh la layan
sekarang susah nak tengok tv
sebab nya anak dara saya asyik la 
ngan BabyTv dia
mama tak de peluang nak nengok
melainkan time dia tido aje
tak apa lah anak
untukmu mama rela berkorban
^______^



28 March 2013

cerry berry


dari hari jumaat lepas
sampai la semalam
my son cirit birit
sian dia
dua kali jumpa doc
alhamdulillah pagi tadi dah ok

nasib baik kes dia tak teruk
cos doc cakap tak nampak dia dehydration
muntah-muntah pun tak ada
kencing pun ok
so doc cuma bagi air garam jer
mama dia siap google pasal cirit-cirit ni
memang tak de pengalaman kat baby
sebab masa Aleesya memang tak kena

so sepanjang dia cirit tu
adalah jugak dia merengek
tapi ada waktu-waktu tertentu la
alhamdulillah malam dia tidur lena
bangun nak susu je

tapi masa nak wash dia punya cerry tu
terjerit-jerit dia
maybe pedih kan
lepas sapu krim yang doc bagi
kat punggung (punggung naik ruam..merah2 gitu)
then baru ok


risau tetap risau
takut la jadi lagi teruk
macam kes rotavirus tu kan
last-last cari petua nak kurangkan cirit-birit ni
jumpa lah
rata-rata bagi air gandum 
(tepung gandum + air suam)
so try la bagi jugak
alhamdulillah
najis Adam dah bertukar
dari warna hijo ke warna asal
dan ciritnya tak la sekerap seperti sebelumnya
then
punggung dia pun dah kurang merahnya
suka-suka-suka

my officemate suggest amik suntikan Rotavirus
bila google
jumpa link ni >> rotavirus <<
syukur sangat-sangat
dipertemukan ngan artikel ni
kalau tak....
Wallahu a'alam...