:: OUR LOVE ::

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

:: OUR LOVELY PRINCESS ::

:: OUR LOVELY PRINCE ::

Lilypie - Pregnancy

27 April 2011

:: luahan hati mama ::

hari ni mama amik aleesya macam biasa
tapi ada bite yg tak best
tapi bagi mama best la
tak payah nak perah otak
nak buat cite

mesti pelikkan mama cakap mcmni....
ok..citenya begini

pengasuh aleesya bg tau kat mama
yg dia jaga aleesya sampai hujung bulan ni
berubah jgk la air muka mama
walaupun dalam hati gile2 punya happy

dia cakap aleesya kuat nangis
sampai dia tak boleh buat keje
sampai nk g tut..tut...pun kena bawak aleesya masuk toilet
mak aiiii.....sampaii gitu sekali 

suka hati jer kata anak mama yer...
setahu mama la
dulu bukan main dok puji lg si aleesya ni
kata senang jaga
tak banyak ragam
alih2 boleh pulak kata mcm tu

tak pe lak aleesya
mama pun tak heran sgt
kalau dia jaga anak mama ok tak pe la jgk

ni tak, kekadang mandi kekadang tak
tukar lampin pun dua kali 
dari pg mama hantar sampai ptg mama balik amik aleesya
botol susu tak usah ckap la
penuh dengak karat
ishhh...tak boleh mama bayangkan aleesya minum 
susu dengan botol tu
bagi dua botol, satu botol jgk yg dia guna

dah bagi berus n pencuci pun 
tak reti2 nak bersihkan
mama ni malas nak sound2 org
mama bg hint jer aleesya
memang dia nih jenis yg tak faham bahasa gamaknya
lagi satu pengasuh aleesya ni 
suka sangat cuti last minute
tgh siap pergi keje 
dan2 tu la sms or call
kata tak boleh nak jaga
aduhhhh...pening seh kalau gitu
terpaksa la mama or papa amik cuti....
tension...tension....

kalau sekali sekala tak per
ni kalau tiap2 bulan ada je cuti...mcm mana
mama ngan papa simpan cuti utk aleesya
mana la tau kot2 sakit ker kan
(tapi mama doakan aleesya dikurniakan kesihatan yg brpanjangan...amin)
takpun utk emergency ker, utk family matters ker
ni tak...guna cuti utk org len lak
 tak suka....tak suka....

kalau aleesya nak tahu 
sebelum ni kan mama ada wat entri pasal
dah berjaya mencari pengasuh baru untuk aleesya kn
semuanya sebab ni la

sebenarnya mama awal2 lagi dah cari org lain
dah dapat pun
ingat nak bagitahu kat dia jumaat ni
tup2 dia cakap dulu
mcm tau2 jer aleesya

senangla keje mama kan
dan
mama rasa tak rugi pun
tapi yg tak best tu
mcm dia nak salahkan aleesya lak
biasala budak2 kan..kalau tak menangis bukan budak la namanya
yg pelik tu kata suka budak...tapi ni aper cer

mama memang tak berkenan dgn dia ni
tapi papa yg dok beria nak hantar
dan time tu tak jumpa pengasuh lain
TERPAKSA la mama setuju

tak pe la aleesya 
mama banyak pilihan
tak ok yg A kite pegi yg B 
tak ok yg B kite pegi yg C
sampai la mama cari yg betul2 sesuai dengan aleesya k

sepanjang mama menjaga aleesya
alhamdulillah
aleesya mmg tak banyak ragam
"sayang anak mama sangat2"